AD (728x60)

Friday, November 20, 2015

Cara memulakan perniagaan

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim,

Step pertama untuk memulakan perniagaan adalah memilih bidang perniagaan yang ingin diceburi, telah pun saya kongsikan di post yang lepas. Maka seperti yang telah dijanjikan, kali ini saya ingin berkongsi cara untuk memulakan perniagaan.

Post kali ini saya bahagikan kepada dua iaitu cara memulakan perniagaan secara am iaitu tidak mengira apa jua jenis perniagaan yang telah anda pilih. Dan kedua adalah cara untuk memulakan perniagaan HanaQueen Station.


Ini adalah soalan paling famous sekali yang sering diajukan kepada saya. "Bagaimana saya ingin memulakan perniagaan kerana saya tiada sebarang pengalaman dalam perniagaan." 

Saya juga bermula dengan kosong, tiada sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan. Seperti kata-kata sifu dunia perniagaan seperti Dr.Azizan dan Irfan Khairi perkara paling penting, pastikan kita punya mentor untuk berguru dalam dunia perniagaan

Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam keluarga yang hampir semua terlibat dalam dunia perniagaan. Abang-abang saya merupakan pembekal barangan serbaneka RM2  malah ibu bapa saya juga pernah berniaga dahulu. Mereka adalah mentor utama saya dalam dunia perniagaan walaupun berlainan bidang perniagaan.

Tiada pengalaman bukan salah satu punca anda tidak boleh mula berniaga. Ilmu perlu dicari. Dan pengalaman itu datang hanya dengan kita mula mencuba. Anda tidak akan pernah ada pengalaman berniaga sekiranya anda tidak mula untuk berniaga. Cari mentor anda yang bersesuaian dengan bidang perniagaan yang telah anda pilih. Belajarlah dengan mereka sebanyak yang mungkin sebelum anda mula berniaga. Dapatkan keyakinan diri supaya anda kebal dalam mengatasi dugaan berniaga nanti.



Setelah segala ilmu mengenai bidang perniagaan telah anda dapat, maka anda harus mengira segala kos yang diperlukan. Di sini lah yang akan menguji segala kecekapan anda dalam menguruskan sumber kewangan dengan modal yang anda ada. Masukkan segala keperluan berniaga seperti kos tempat berniaga, kos renovate (sekiranya ada kedai) yang melibatkan wiring, plumbing, cat dan sebagainya, kos pekerja, kos deposit kedai, kos barangan niaga, kos pengangkutan dalam proses setup business, segalanya perlu anda senaraikan dengan teliti. Pastikan segalanya mengikut budget yang telah anda rancang. 

Berniaga tak semestinya anda mempunyai perniagaan yang gah dan besar terus. Mulakan berniaga walaupun kecil, cari pengalaman, bina networking dahulu, yang penting MULAKAN BERNIAGA! Cuma satu yang ingin ditekankan, jangan terlalu berani meminjam modal yang tinggi sekiranya anda tiada sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan. Biar bermula kecil dan expand perlahan-lahan, dari mula besar dan akhirnya jatuh di kemudian hari.

Kemudian barulah anda boleh mula mencari tempat berniaga, iaitu kedai yang mengikut budget dan kriteria yang diperlukan. Lokasi yang strategik adalah salah satu faktor terpenting dalam memastikan perniagaan kita bertahan lama. Selain mengambil kira kos sewa kedai, kemudahan yang disediakan dan juga persaingan, paling penting sekali adalah perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi.

Google dan mula lah mencari supplier terbaik barangan yang anda perlukan. Murah itu bagus tapi anda juga harus pastikan kualiti barangan terjaga. Belajar dari bawah untuk setup perniagaan anda. Sekiranya anda ada kedai, libatkan diri dalam segala proses setup supaya anda tahu segalanya mengenai perniagaan anda. 

Sekiranya anda berniaga dari rumah, pastikan anda punya ruang khas untuk melakukan segala kerja anda supaya tidak tercampur ruang privacy anda bersama keluarga dan juga ruang untuk berniaga. Apabila anda punya ruang khas, ini juga akan membantu anda untuk lebih fokus dalam perniagaan anda. Pastikan anda mengira semua kos yang anda guna di rumah untuk berniaga dari segi bil utiliti elektrik dan sebagainya supaya mudah untuk anda mengira keuntungan bersih perniagaan anda nanti. 


Segala undang-undang dunia perniagaan seperti daftar SSM company, buka bank account company (sekiranya perlu) harus anda selesaikan dahulu. Nama company dan juga brand perlu anda pilih dengan berhati-hati. Pastikan nama yang dipilih bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan. Dapatkan segala lesen yang diperlukan seperti lesen dari Majlis Perbandaran jika anda ingin membuka kedai.

Practice segala benda yang melibatkan perniagaan anda. Berlatih untuk bertemu pelanggan, tingkatkan communication skills anda, berlatih untuk mula menjual product anda, jika anda jual makanan maka berlatihlah memasak sehingga makanan anda menjadi paling sedap. Kunci berniaga makanan ini  adalah buat makanan dengan ikhlas seperti anda ingin hidangkannya kepada keluarga anda sendiri. Apabila anda kerap berlatih, maka keyakinan anda juga akan meningkat untuk mula berniaga secara tidak langsung. 




Bagi mereka yang berminat untuk membuka kiosk HanaQueen Station melalui pakej yang kami tawarkan, segala step memulakan perniagaan telah kami mudahkan untuk anda. Step pertama, anda cuma perlu mencari kedai cukup dengan keluasan 10x10 untuk anda mulakan perniagaan dengan Pakej All In A: RM9900. Bagi mereka yang berminat untuk menambah menu seperti ayam gunting, chicken stay, popcorn chicken dan hotdog jumbo, kami juga menyediakan Pakej All In B: RM15000. Keluasan kedai yang diperlukan untuk pakej ini adalah 15x10. Anda perlu menyelesaikan segala urusan pembayaran deposit kedai, wiring dan juga plumbing. Kemudian segalanya anda boleh serahkan kepada kami. Kami akan setup segalanya dari kedai anda kosong sehingga anda boleh mula berniaga.

Step kedua, setelah pembayaran pakej dibuat, kami juga menyediakan training secara percuma di main kiosk HanaQueen Station Seremban bagi mereka yang tiada pengalaman dalam bidang food & beverage. Training ini cuma mengambil masa beberapa jam sahaja untuk kami mengajar anda cara memasak segala menu, cara menguruskan kedai, cara marketing, cara mengira kos barangan dan sebagainya. Oleh kerana training ini diberi secara percuma, maka anda perlu memberi sepenuh perhatian dan pastikan anda faham kerana training untuk kali kedua akan dikenakan bayaran. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda tiada pengalaman kerana saya sendiri yang akan membimbing anda dari awal sehingga akhir.

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil pakej All In HanaQueen Station, anda boleh tinggalkan email anda dan saya akan emailkan quotation untuk semakan anda. Anda juga boleh call/sms/whatsapp terus ke 019-6183022 untuk pertanyaan lanjut.

Selamat berniaga dan semoga kita semua berjaya bersama-sama.
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

Location

My Instagram

Popular Posts

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork