AD (728x60)

Friday, September 29, 2017

Jatuh dan bangun dalam perniagaan

Share & Comment

Semalam sempat jumpa sebentar dengan rakan seperjuangan waktu mula-mula niaga dulu. Beliau sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan terutamanya di dalam bidang makanan ini. 

Waktu Hana mula buka kedai, beliau adalah antara orang yang banyak bagi sokongan dan membantu mempromosikan perniagaan Hana pada penduduk setempat kerana dah lama menapak berniaga di situ. Terlalu banyak jasa beliau pada HanaQueen Station. 

Perniagaan beliau bermula secara kecil-kecilan sahaja dulu. Bermula dari menumpang tapak kecil di restaurant orang, kemudian berniaga sendiri di bawah pokok, dibesarkan sedikit perniagaan itu dengan menggunakan kanopi dan akhirnya setelah dikenali ramai, beliau sudah ada tapak kekal, malah ada cawangan di tempat lain.

Setelah macam-macam yang dilalui, hari ini, sedikit demi sedikit perniagaannya mula jatuh disebabkan keadaan ekonomi dan tiada kuasa pembeli seperti dahulu. Kalau dahulu, untuk makanan, orang tidak berkira untuk membeli. Tapi disebabkan ekonomi semakin merosot, berniagalah apa sahaja, kuasa membeli itu sudah tiada membuatkan ramai usahawan mula mengeluh kerana tiada sale.

Tetapi beliau tidak memilih untuk mengalah. Kejatuhan ini membuatkan beliau tahu di sudut mana yang perlu diperbaiki lagi. Beliau cuma ambil masa sekejap untuk berehat dan kemudian akan comeback dengan idea yang lebih fresh untuk perniagaan beliau. 



Asam garam dunia perniagaan, pasti ada jatuh dan bangun. Hana sendiri sudah merasa jatuh dan bangun. Semenjak 2014, Hana sudah ada beberapa cawangan kedai di beberapa tempat dahulu dalam masa yang sekejap dan kini semua cawangan tersebut sudah pun ditutup semenjak awal tahun 2017. 

Dalam perniagaan, kita kena tahu kira untung dan rugi untuk mempertahankan perniagaan. Sama ada perlu pertahankan atau berhenti seketika untuk mengelakkan kerugian menjadi lebih teruk dan akhirnya boleh menjurus kepada bankruptcy. 

Ramai usahawan zaman sekarang, apabila baru sahaja mula berniaga, dah ada mindset 'aku orang kaya' sedangkan baru setahun jagung dalam perniagaan. Apabila diuji dengan kerugian, untuk mengelakkan mindset 'aku orang kaya' tercalar, maka ada antara mereka yang sanggup pinjam duit berpuluh ribu dari 'Ahlong' demi untuk menanggung kerugian. 

Apabila financial mula tidak stabil, hutang bertambah sana dan sini, maka perniagaan itu tidak akan dapat diselamatkan lagi. Konsep cari duit 'gali lubang, tutup lubang' ini cuma akan menjerut leher usahawan itu sendiri.

Tak semua business pertama setiap usahawan itu akan terus meletup dan berjaya. Usahawan perlu mencari business apa yang serasi dan memberi keuntungan kepada diri mereka, bukan terus mengalah selepas menghadapi satu kegagalan. Sebab itu kita selalu lihat ramai jutawan mempunyai pelbagai jenis perniagaan dan cuma ada satu atau dua sahaja perniagaan mereka yang memberi keuntungan besar.

Disebabkan kos semakin meninggi dan keadaan ekonomi sekarang, Hana buat keputusan untuk tutup sementara kiosk HanaQueen Station. Lebih-lebih lagi apabila Hana juga ada beberapa komitment lain yang perlu Hana beri fokus lebih utama. 

Tapi adakah itu bermaksud Hana sudah mengaku kalah dan rasa gagal dalam perjuangan? Sekiranya Hana give up dalam berniaga, maka anda tidak akan melihat blog ini masih wujud, tidak dapat lihat page FB HanaQueen Station masih beroperasi.

Hana sekarang giat aktif dalam membantu memberi consultation kepada usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan F&B dan terkini Hana juga ada membekalkan Pakej Perniagaan yang lain juga. Maklumat lanjut boleh dilihat di Pakej Perniagaan

Jadi, adakah anda mahu mula mengalah sebelum sempat berjuang kerana takutkan kegagalan dan kerugian? Fikirkanlah.
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

21 comments:

  1. Jangan mengalah . InsyaAllah rezeki ada di mana-mana . Sedangkan awal-awal kita dah berusaha bersungguh-sungguh . Mungkin Allah nak uji sedikit , so teruskan perniagaan , cari jalan untuk promote bisnes agar lagi bkembang maju

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah, masih gagah meneruskan perniagaan. Terima kasih yer ^^,

    ReplyDelete
  3. Wahh.. dah ada perniagaan & kedai sendiri. keep it up sis! :) and all the best

    ReplyDelete
  4. Dan tutup bukan bererti mengalah kan? Teruskan usaha sis! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tutup untuk buat comeback yang lebih besar lepas ni. Hehe.

      Insya-Allah.

      Delete
  5. wahhh sangat memberikan inspirasi. semoga awk kuat semangat dalam perniagaan ya!

    ReplyDelete
  6. hebat perjuangan beliau
    ingin mencontoh dari sisi beliau namun terkendala belum siap mental dan dana saja

    Semoga diberi kekuatan untuk memulainya oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, jika niat kerana Allah, pasti dipermudahkan. ^^,

      Delete
  7. mohon share dengan ayah Nisha yaaaa. Entri ni sangat berguna. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami semua. Moga2han awak terus dimurahhkan rezeki dan terus kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran kelak. Wish you all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Share lah kepada sesiapa yang memerlukannya. Aaaminn. Terima kasih untuk doa itu. :)

      Delete
  8. InsyaAllah, saya juga berniaga..jika niat kita betul, pasti akan dipermudahkan olehnya..
    follow la blog saya juga yer..https://sikasutpinkstory.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Bukan mudah untuk kekal dalam seseuatu perniagaan.. Perlukan kecekalan dan kesabaran yang tinggi.

    Sis setuju dengan apa yang Nurul kongsikan.

    ReplyDelete
  10. Keep up the good work Hana. Eyqa pun baru beberapa tahun dalam bidang perniagaan skrg dok pening mcamana cara nak perbaiki sale. Pasti ada cara nak cari makan, bumi Allah ini luas <3 <3 <3

    ReplyDelete
  11. Suka dengan semangat untuk maju tu Hana....Yelah namanya pun berniaga manalah ada terus berjaya dan kaya rayakan. Yang kita jumpa selalunya mereka yg dah berjaya. Kita tak tahu disebalik kejayaan tu beberapa kali agaknya diaorang bergolok bergadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Belum ada orang yang berjaya tanpa mengharungi sebarang kegagalan.

      Delete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork