AD (728x60)

Sunday, July 23, 2017

Guru Ganti / Guru Sandaran Tidak Terlatih

Share & Comment
Mesti ramai yang pernah dengar tentang kerja sebagai Cikgu Ganti di sekolah-sekolah kan? Mengganti guru-guru yang cuti bersalin sekurang-kurangnya selama 2 bulan. Tapi tak ramai yang tahu proses permohonan dan cara kerja macam mana. Baru-baru ini, Hana ada dapat tawaran sebagai Guru Ganti atau nama sebenarnya adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih.

Sebenarnya proses dia takdelah susah mana pun. Kena rajin jer. Selalunya, yang apply kerja sebagai cikgu ganti ini, mesti dari kalangan  anak-anak cikgu atau anak-anak sesiapa yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah. Mereka adalah golongan yang lebih alert tentang peluang pekerjaan ini. 

Ramai yang apply selepas tamat SPM, tamat belajar Diploma/Degree sementara tunggu kerja tetap. Tapi untuk Hana, Hana cuba nasib untuk apply, sebab Hana dah nampak potential dan minat diri sebenarnya menjurus untuk jadi seorang Guru. Dari dulu lagi dah minat tapi selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tak yakin untuk bercakap depan orang, apatah lagi nak mengajar. Waktu Hana mula bekerja di Ceragem, dekat situ Hana nampak yang Hana masih minat dan boleh jadi seorang guru. Next post, kita akan cerita lebih detail tentang Ceragem yer.

Back to the story, 1st step yang anda harus lakukan adalah, pergi ambil borang permohonan di PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) berdekatan dengan tempat tinggal anda. Anda dinasihatkan prepare diri untuk di temuduga terus sewaktu isi borang permohonan sekiranya borang permohonan anda sudah lengkap. Masa Hana dulu, banyak yang tak lengkap. Jadi Hana ambil dan prepare semua untuk memohon jawatan itu. Kemudian, baru Hana hantar ke PPD.

Untuk memohon, terpulanglah. Ikut keupayaan diri masing-masing. Nak mengajar sekolah rendah atau menengah. Nak ajar subjek apa. Tapi anda akan dapat mengikut kekosongan, tak semestinya akan dapat subject yang anda apply. Gaji juga mengikut tahap pendidikan anda. Boleh tanya PPD untuk maklumat lanjut. Dan Hana ada dengar juga, tak semua PPD open untuk guru ganti ni disebabkan masalah kewangan, jadi cuba tanya dulu okay?

Ada orang dapat panggilan untuk temuduga dulu (interview yang simple jer katanya), tapi Hana terus dapat panggilan untuk datang ke PPD dan ambil surat untuk lapor diri ke sekolah yang dihantar. Terkejut tu tak payah cerita lah kan. Dengan takde interview, tiba-tiba kena lapor diri, lepas tu tak tau nak start mengajar macam mana sebab tak prepare langsung kan. Tapi alhamdulillah, niat yang baik, Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan urusan. Sebab tu Hana rasa mudah sangat untuk apply jawatan Guru Ganti ni. 

Hari pertama lapor diri, Hana terus ke pejabat dan bagi surat lapor diri. Kemudian, Hana diminta untuk jumpa pengetua dan seterusnya GPK untuk ambil jadual kelas. Ya, terus start mengajar yer hari pertama. Bermulalah episod sesat mencari kelas dekat mana, student yang kejap-kejap hilang mengular, macam-macam hal lagi lah. Haha. Tapi itu semualah kenangan manis mengajar di sana, SMK Seremban Jaya 2.


Muka kepenatan waktu minggu pertama, masih dalam proses membiasakan diri

Biasalah, bebudak zaman sekarang mesti nak selfie aje. Padahal cikgu pun sama. Haha.

Alhamdulillah, Hana ganti waktu bulan Hari Guru. Jadi sempatlah merasa sambutan Hari Guru hari tu. Baru rasa perasaan guru-guru dihargai selama ni macam mana. Cuma, zaman dah berubah. Budak-budak zaman sekarang tak sama dengan zaman kita belajar dulu. Kalau nak apply kerja ni, semata-mata untuk dapatkan duit sedangkan takde minat nak mengajar, baiklah pergi cari kerja lain.






Guru ini satu tugas yang sangat mulia. Mendidik anak orang lain sedangkan anak sendiri dekat rumah pun kadang-kadang tak terjaga. Hakikatnya, tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas jer. Ada program yang kena buat, ada badan beruniform dan persatuan yang kena handle, ada jawatan di dalam kelab guru yang sentiasa aktif. Tak cukup dengan tu, guru pun kena buat macam-macam rancangan pelajaran untuk didik anak murid. Sepatutnya, guru balik kerja pukul 2 PM. Tapi disebabkan banyak tugas yang menanti, ramai guru balik lambat. 

Hargai guru anda. Tanpa mereka, siapalah anda di masa hadapan nanti. All the best untuk sesiapa yang nak cuba apply kerja ini, moga Allah permudahkan urusan kalian.


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

12 comments:

  1. Wahh bestnyaa..nak tanya walaupun takda background pendidikan still bole jadi guru sandaran? I mean mcm sy ambik Degree Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Lepas SPM pun boleh apply nak jadi guru sandaran, tapi gred gaji ikut level pendidikan. :)

      Delete
  2. Nak jadi guru sandaran tp dgn kelulusan ijazah sarjana psikologi bole kahr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tiada masalah. Refer PPD yang berhampiran.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian... Suka saya baca nye... Semalam saya terima panggilan dari PPD, suruh dtg ke pejabat pada isnin ni jam 10 pg.. Tapi dia x maklumkan pun sama ada dtg utk interview atau pun utk ape2... Berdebar pula rase...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana? Dah dapat keputusan?All the best yer.

      Delete
  4. memang perlukan kesabaran yang tinggi kan. adik beradik suami saya ramai cikgu juga. memacam ceritalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang ni, tak macam zaman dulu. Kalau tak sabar, memang tak boleh pilih bidang mengajar ni. Hehe

      Delete
  5. Sukses selalu dalam mendidik anak-anak agar kelak menjadi generasi yang soleh dan soleha. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Teringin pulak apply kerja ni lepas habis degree nanti. Teringin nak rasa macam mana mengajar budak-budak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, man tahu ada bakat terpendam nak jadi cikgu. ^^,

      Delete

 

Location

My Instagram

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork