AD (728x60)

Saturday, July 22, 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

Share & Comment



Sebelum blog HanaQueen Station ini jadi blog business, asalnya adalah blog personal, Espiranza. Dulu rajin gila join contest macam ni. So, setelah sekian lama, rasanya nak join balik lah contest. Dan ini adalah contest yang pertama untuk HanaQueen Station. Harap adalah rezeki yer. Haha. Tapi tak dapat nak tag lah BFF dalam ni. Sorry~~

Cerita pasal BFF? Rasanya majority antara kita semua mesti ada BFF kan. Best friend forever. Nampak mudah diungkap, tapi sukar dilaksanakan hubungan itu sebenarnya. Dan sesiapa yang pernah ada BFF, mesti faham perasaan sakit gaduh dengan BFF ni lagi pedih dari gaduh dengan pasangan kita sendiri.

Ada orang kenal BFF dah bertahun, ada yang dah kenal sejak kecil lagi, ada yang baru kenal, dah jadi BFF sebab sekepala. Untuk Hana, ada 3 jenis BFF yang setia di sisi sejak dulu lagi. 

Yang 1st, Miss A, sepupu merangkap BFF sejak kecil. Membesar bersama, merasa jugak sekolah di sekolah yang sama, dan sampai sekarang still BFF. Dah macam twin dah. Apa sahaja cerita, dia antara orang yang pertama sekali akan tahu. Tak perlu cakap apa-apa, Hana diam pun dia dah tahu kenapa. Besar impact bila dah saling membesar bersama. Body communication ni tak semua orang boleh faham, kecuali BFF kita kan. 

2nd, Miss S & Miss M. Yang ini group BFF trio. Haha. Jarang jumpa, sebab masing-masing sibuk dengan life sendiri. Tapi that relationship tak pernah putus walaupun jarang contact. Sekali dah jumpa, nak throwback mengadu cerita berbulan tak jumpa tu memang lama lah kan. Haha. This kind of friendship yang sangat-sangat sweet sebenarnya. Bila kita dah dewasa ni, tak semestinya kena selalu berhubung, baru dianggap as BFF. As long as we know we have each other no matter what happen, that's enough.

3rd, Miss F. Kenal dah lebih sedekad. Dan sejujurnya, kami sangat berbeza. Dia macam di dunia lain, dan Hana di dunia lain. Perangai yang jauh berbeza. Tapi boleh jadi BFF. Kenapa? Sebab perbezaan itu yang buat kita belajar tentang dunia sebenar. Dengan perbezaan tu, we complete each other. Benda yang dia tak tahu, Hana ajar. Benda yang Hana tak tahu, dia tolong. Dan BFF tak perlu pilih bulu, sebab dalam persahabatan, apa yang penting adalah keikhlasan.

Maaf, identity BFF terpaksa dirahsiakan. Tapi kalau diorang baca, diorang akan tahu siapa yang sedang diceritakan. Haha. And truly, I just don't wanna lose them. Really hope that we can be BFF everlasting. Thank you for doing this contest, rasa macam luahan perasaan pulak pasal BFF. Haha. 

Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

Location

My Instagram

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork