AD (728x60)

Tuesday, April 4, 2017

Cara memulakan perniagaan makanan atau minuman

Share & Comment
 



Perniagaan pada dasarnya adalah untuk mendapatkan keuntungan. Untuk mendapatkan keuntungan tersebut penentuan lokasi yang startegik dan perlu ada potensi ramai pelanggan yang membeli. Disini ada beberapa langkah yang anda perlu mengambilkira sebelum menentukan lokasi perniagaan sebelum boleh memulakan perniagaan tersebut  

1. Pasaran

Pasaran disini bermaksud mempunyai dua pihak, iaitu terdiri daripada pelanggan dan pembekal. Pelanggan adalah pasaran yang anda sasarkan manakala pembekal pula ialah orang yang membekalkan bahan mentah yang anda perlukan. Apabila anda sudah ada pelanggan dan pembekal barulah anda akan meneruskan langkah yang seterusnya

2. Menentukan Spesifikasi (jenis) Perniagaan

Salah satu perkara yang anda perlu menititkberatkan sebelum memulakan perniagaan ialah anda perlu menentukan jenis perniagaan tersebut dijalankan. Ini kerana jenis perniagaan yang dijalankan merupakan salah satu faktor mendapat kejayaan dan keuntungan syarikat untuk anda.
Berikut merupakan langkah dalam menentukan pemilihan lokasi perniagaan yang tepat

3. Lokasi kepadatan penduduk 

Kejayaan perniagaan anda terletak pada potensi pasaran yang akan anda tuju . Makin padat suatu lokasi, semakin banyak populasi manusia yang boleh menjadi pelanggan produk anda. Jika perniagaan anda masih dalam tahap permulaan , anda sepatutnya memilih lokasi perniagaan yang terletak di kawasan yang mempunyai ramai penduduk .

4. Masyarakat dengan Daya Beli Tinggi

Ada beberapa tempat yang mempunyai kepadatan penduduk namun majoriti penduduk ini berpendapatan rendah . Oleh itu anda perlu membuat pemilihan lokasi perniagaan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk disamping kuasa beli masyarakatnya yang tinggi

5. Mudah Diperolehi 

Bermaksud lokasi tersebut mestilah mudah dikenali dan mudah diperolehi . Ia bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengenali lokasi perniagaan anda , Oleh itu anda dikehendaki memasang papan tanda yang menarik dan mudah untuk dibaca . Anda juga perlu memilih tapak lokasi perniagaan yang mempunyai kemudahan untuk pergi ke lokasi perniagaan anda . Contohnya seperti di pusat beli-belah , tepi jalanraya besar dan sebagainya.



6. Pusat Tumpuan 

Pusat membeli-belah atau mall bukan satu – satunya lokasi perniagaan yang menjanjikan keuntungan tinggi . Ada juga tempat – tempat yang menjadi pusat tumpuan seperti kawasan pejabat , hospital , kilang atau kampus adalah lokasi perniagaan yang strategik .

7. Persaingan  

Anda juga perlu memerhatikan berapa besar persaingan perniagaan sejenis di lokasi yang anda pilih. Jika di lokasi tersebut mempunyai ramai pesaing yang menawarkan produk sejenis , itu bukanlah lokasi yang strategik untuk anda . Kerana pelanggan sudah biasa dengan barangan yang dijual kecuali barangan anda memiliki kelainan dan kelebihan dari yang lain. Kesimpulanya jika anda ingin memulakan perniagaan, anda perlulah terlebih dahulu menentukan jenis perniagaan, lokasi dan mengkaji tempat –tempat strategik yang mempunyai potensi kuasa pembeli yang tinggi.

credit to: usahawan.com
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

Location

My Instagram

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork