AD (728x60)

Sunday, January 3, 2016

Doa, Usaha, Ilmu, Tawakal & Strategi

Share & Comment


Salah satu perkara penting yang ramai orang mahukan tetapi "struggle" untuk capai adalah Kebebasan Masa tetapi disertai dengan Kebebasan Wang.

Cuba perhatikan sekeliling kita. Ada orang ada wang tetapi tidak ada masa, ada orang ada masa tetapi tidak ada wang tetapi yang paling parah ialah tidak ada wang dan tidak ada masa serta tidak ada masa beribadat.

Anda boleh cakap wang tidak penting tetapi eventually wang adalah alat yang bagus yang jika anda ada dan tahu gunakannya, anda lebih mudah capai kebebasan masa supaya anda boleh pilih untuk beribadat dan membantu ramai orang dengannya.

Kebebasan masa dan wang adalah 2 perkara yang tidak akan diajar di sekolah atau universiti kerana sistem pendidikan kita mengajar supaya kita menjadi pekerja dan bekerja sehingga pencen. Umur pencen di Barat telah dinaikkan mencecah 60 tahun dan ada yang 65 tahun. Kita pun mungkin akan menurut sistem yang sama.



Satu masa dahulu, saya pun hampir-hampir terikut sistem yang ada iaitu belajar pandai-pandai then dapatkan kerja yang "bagus". "Bagus" bagi setiap orang berbeza. "Bagus" bagi orang yang bekerja macam saya satu masa dahulu adalah RM1,500 - RM2,000 sebulan dan kita bandingkan dengan kawan kita yang dapat RM1,000 - RM1,500 sebulan.

Memanglah "rasa bagus". Tapi bila saya kenali mereka yang berniaga dan berjaya dengan perniagaan mereka, mereka bukan sahaja mempunyai bracket pendapatan ratusan ribu ke jutaan ringgit setahun tetapi mereka ada masa yang berkualiti dengan keluarga mereka. Mereka banyak buat sumbangan wang serta khidmat masyarakat serta mereka ada masa untuk solat berjemaah dan mengaji kitab.

Of course ada yang kaya tapi tidak ada masa untuk keluarga, tidak ada masa untuk ke masjid dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Bukan orang kaya sahaja, mereka yang tak kaya pun lagi ramai macam tu.

Point saya ialah, ini hidup kita dan kita sebenarnya ada pilihan untuk tentukan hidup bagaimana yang kita mahu bina yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.

Ini soalan yang saya cadangkan anda tanya kepada diri sendiri dan ini mengambil assumption bahawa sekiranya Allah swt berikan anda kesihatan dan umur yang panjang sebagaimana doa anda setiap kali lepas solat, adakah kehidupan anda hari ini semakin hari semakin mendekati kebebasan masa dan wang agar anda mempunyai masa untukNya?

Jika ya, baguslah. Jika tidak, pastikan ia menjadi antara agenda utama anda tahun ini iaitu untuk belajar bagaimana untuk merancang agar anda "on-track" mencapainya segera. Jangan tunggu pencen baru nak ada masa dengan keluarga atau Tuhan kerana waktu itu belum tentu sampai.

Berapa ramai hari ini sibuk kerja tetapi gaji masih tidak cukup dan tidak ada masa serta tidak mampu pun berikan kehidupan yang tenang kepada keluarga? Rumah pun tidak mampu nak beli.

Sebab itu, antara solusinya adalah mempelajari ilmu berniaga, ilmu pelaburan yang sebenar serta ilmu pemasaran kerana ilmu-ilmu ini telah terbukti berjaya membebaskan ramai daripada belenggu makan gaji dengan mencapai kewangan yang kukuh dalam masa yang singkat serta bebas masa. Of course semuanya juga mudah bila ada perhubungan yang bagus dengan Allah swt yang Maha Berkuasa.

Ikutilah prinsip ini D.U.I.T.S:

Doa, Usaha, Ilmu, Tawakal & Strategi




Credit: Facebook


Tags: ,

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

2 comments:

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork