AD (728x60)

Saturday, January 2, 2016

6 Tips Urus Masa Gaya Otai Untuk Usahawan Internet

Share & Comment


Sibuk dengan kerja online anda sampai tiada masa untuk lakukan hal yang lain? Saya mendapat beberapa input dari IM yang sudah berpengalaman tentang bagaimana mereka menguruskan masa yang ada dari permulaan level newbie hinggalah ke level advance.


Ini bermaksud, cara kita memilih dan mengatur tata kerja apa yang mahu di lakukan dan juga perancangan strategik kita, itu semua akan mempengaruhi kualiti pengurusan masa kita.


Dalam artikel ini, saya mahu tulis semula apa yang pernah di kongsikan oleh ramai IM otai bagaimana kita mahu gunakan masa dengan betul selepas kita melangkah masuk ke dunia usahawan internet. Rupa-rupanya tidak mudah di sangka ya,kawan-kawan. Kadang-kadang pilihan yang kita buat telah memberi kesan yang agak kurang baik kepada masa kita.

Hal ini amat merugikan. Jadi saya amat berharap agar tips dari mereka ini dapat sama-sama membantu kita untuk memiliki masa yang efektif sebagai IM. “Makin pandai kita menjaga dan menjimatkan masa, maka makin cepat kita dapat melihat kejayaan”.




Tips 1 : Jimatkan Masa Dengan Mencari Guru


Ini adalah perkara yang amat penting bilamana seseorang itu mahu terjun ke dunia IM. Ramai di kalangan kita mahu berjimat wang dengan melakukan try and error sendiri. Kadang-kala, satu-satu testing itu mencapai tempoh hingga bertahun untuk melihat hasilnya. Maka di situ, masa dan tenaga kita mungkin akan banyak terbuang.

Jadi, untuk menjimatkan masa, kita di sarankan untuk mencari guru yang betul dalam program yang kita mahukan. Katakanlah anda mahu buat duit dengan ebay. Anda mungkin terus menerjah laman web ebay dan mendaftar mengikut apa yang di mahukan website ebay. Namun ada juga sesetengah perkara yang kita tidak tahu seperti anda juga perlu link akaun ebay anda ke akaun paypal. Pihak paypal juga mungkin akan telefon anda untuk verify dengan bertanyakan soalan-soalan tertentu.

Jika anda sememangnya newbie dalam dunia ebay, anda mungkin akan melalui beberapa kesulitan apabila berdepan dengan hal yang lebih teknikal. Maka di sini, dengan adanya seseorang yang sudah melalui semua perkara, ilmu yang dia ada insyaAllah dapat menjadikan tugasan kita menjadi lebih mudah.

Ibarat kita mahu membuat sebiji kek, anda mungkin boleh try and error dengan menambah itu dan ini. Jika tidak menjadi, anda cuba lagi dengan bahan yang lain. Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk ia benar-benar menjadi.

Namun, jika anda sudah mempunyai resepinya di tangan yang anda ambil dari orang yang sudah berjaya menghasilkan kek tersebut, maka kerja anda menjadi lebih mudah walaupun mungkin kek yang anda hasilkan tidak sama 100% seperti guru anda tadi. Naah, begitulah juga keadaannya dengan bisnes online tadi.

Mungkin guru anda sukses buat duit online dengan 4 angka sebulan. Anda belajar dari beliau dari basic ke ilmu advance. Proses untuk anda sukses walaupun tetap perlu mengambil masa, paling kurang resepinya anda sudah ada.

Tips 2 : Tetapkan Kepentingan Kerja


Ini juga antara hal yang perlu anda fokuskan supaya sesuatu projek yang anda jalankan tidak memakan masa yang agak lama. Sebagai contoh, jika anda mahu buat duit melalui adsense, senaraikan dulu apa tugasan yang perlu anda lakukan. Di sebelah tugasan tersebut, tetapkan berapa tempoh waktu untuk anda siapkan.

Ini saya berikan contoh, ya:

Tugas 1 : Dapatkan akaun adsense. ( tempoh : 1 hari mohon melaui youtube)

Tugas 2 : Bina blogspot dan update design (tempoh :2 hari )

Tugas 3 : Masukkan 20 artikel unik dan asli ( Tempoh: 3-4 hari)

Tugas 4 : Pemasaran ke facebook, ping, youtube ( Tempoh : Minima 10 hari)

Dengan melakukan list kerja di atas, anda dapat melihat setiap tugasan yang perlu anda lakukan mengikut tempoh waktu yang di peruntukkan. Dengan cara ini, sistem kerja anda akan lebih tersusun dan anda akan dapat mengagak berapa lama tempoh satu-satu asas projek itu boleh di siapkan.

Ada bezanya bila kita membuat listing seperti di atas atau sebaliknya. Apabila kita tidak mencatat apa yang kita mahu lakukan, di khuatiri kita akan skip satu-satu tugasan hingga berhari-hari. Maka di sini fokus juga akan hilang selain dari masa terbuang begitu sahaja.


Tips 3 : Tetapkan Jadual Khusus


Jadual khusus yang di maksudkan di sini ialah hal yang berkaitan dengan kehidupan harian kita. Jika anda merupakan seorang ayah kepada 5 anak yang mahu menguruskan bisnes online, maka jadual yang khusus untuk diri anda dan keluarga perlulah di sediakan.

Sebagai contoh, anda mengagihkan tugas dengan isteri untuk menghantar anak ke sekolah sementara isteri pergi bekerja. Maka urusan bisnes online tidak akan di sentuh pada waktu pagi. Dalam aktiviti harian juga anda perlu lakukan kerja lain. Maka masukkan tugas itu juga ke dalam jadual anda.

Kerja online juga perlu di masukkan mengikut waktu yang sesuai dalam jadual anda. Jika malam adalah waktu yang bagus untuk anda fokus, maka waktu malamlah yang akan menjadi tempoh kerja anda. Mempunyai jadual khusus akan membantu anda untuk memeta aktiviti harian.

Dengan cara ini, kerja bisnes online tidak akan menganggu urusan lain dan urusan lain juga tidak akan bercampur aduk dengan bisnes anda. Ini adalah antara kunci yang di kongsikan oleh ramai IM sukses bagaimana mereka boleh sukses sebagai usahawan internet dan pada masa yang sama boleh melakukan banyak aktiviti lain bersama-sama rakan dan ahli keluarga.

Tips 4 : Buang Senarai Aktiviti Yang Tidak Berfaedah

Sekiranya anda mempunyai senarai aktiviti yang di rasakan tidak memberi apa-apa manfaat, maka buanglah ia dari senarai what to do anda.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda gemar untuk bermain games online setiap kali anda hidupkan komputer, maka aktiviti tersebut boleh di keluarkan dengan segera. Biasanya bila kita mula bermain games, ada waktunya tempoh waktu berjalan tanpa kita sedar. Maka waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk aktiviti yang berfaedah apalagi untuk bisnes online sewajibnya di gunakan dengan efisyen, tetapi sudah di bazirkan begitu sahaja. Jika ya pun anda tidak mahu meninggalkan aktiviti tersebut, maka anda boleh letakkan dalam senarai aktiviti extra. Contoh, tempoh main games cuma 2 jam pada hari Sabtu. Hal ini perlu di lakukan dengan penuh disiplin.

Semasa anda online juga, bookmark mana-mana website yang menjadi keutamaan anda dahulu seperti blog anda, mungkin website tambahan yang membantu anda untuk melakukan kerja pemasaran. Jika mana-mana website yang memberi pengaruh negative kepada anda sehingga melalaikan anda, maka letakkan ia dalam senarai antara website paling lambat untuk anda layari.

Tips 5 : Outsources Kerja




Cara ini juga dapat menjimatkan banyak masa anda dalam melakukan banyak kerja yang kecil-kecil hinggalah kerja yang besar. Saya ambil satu contoh, katakanlah anda mahu melakukan projek membina database pelanggan. Antara kerja yang perlu anda lakukan ialah :

A ) Menulis free report

B ) Membeli domain name dan web hosting

C ) Membina dan mendesign squeeze page

D ) Membina dan mendafatr akaun autoresponder

E ) Link dan setting antara squeeze page dan system autoresponder

F ) Set up mailing list untuk follow up

G ) Testing semua system

OK, itu antara tugasan yang basic-basic yang perlu anda lakukan untuk memenuhi projek membina database pelanggan atau senang cerita kita mahu kumpul emel pelanggan yang datang melawat web page kita.

Soalannya, mampukah anda menyiapkan semuanya sendiri?

Pengalaman saya sendiri untuk siapkan semua benda itu ambil masa dalam seminggu paling cepat. Jika orang yang sudah punya kelengkapan dan pengalaman sendiri insyaAllah akan jadi lebih cepat. Soal design squeeze page pula ada orang lain yang tolong buatkan. Jika anda ambil dari google, mungkin OK tetapi designnya adalah tidak unik.

Jadi, jika anda merasakan dengan melakukan semua task itu akan mengambil lebih banyak masa, maka langkah yang paling bagus ialah oursources semua kerja tersebut. Ada laman web freelancer job yang menawarkan service yang lebih murah jika anda pandai cari.

Sebab itulah jika ada sesetengah blogger tidak melakukan semua hal sendirian. Mereka akan mengupah penulis sendiri untuk menjadi penulis di blog yang mungkin di bayar mengikut gaji bulanan atau pun di bayar mengikut jumlah artikel. Dengan cara ini, pemilik blog bukan sahaja dapat memastikan blog dapat di update selalu dan dapat di jenamakan selalu, mereka juga dapat memberi fokus kepada kerja lain seperti pemasaran dan analisa.

Yang menjadi hal di sini mungkin berkaitan dengan soal modal. Maka jika anda mahu jimatkan masa dengan mengupah orang lain, wangnya harus di sediakan terlebih dahulu. Tetapi jika anda bijak dalam membuat tawaran, modal tidak akan menjadi masalah. Saya pernah di tawarkan free hosting dan domain serta free design squeeze page bilamana saya mahu tawarkan free report tentang adsense dan blogging di forum.

Jadi, cuba anda tawarkan untuk JV dengan orang lain. Mereka mungkin boleh sponsor web hosting dan domain untuk setahun dan juga squeeze page design. Sebagai balasan, mereka boleh beriklan di dalam free report anda. Biasanya, IM yang melihat potensi melalui cara ini akan menerima tawawarn tersebut. Ini kerana, bilamana rmai orang muat turun free report itu, aka nada ramai yang melihat iklan syarikat dan bisnes mereka.

Maka di sini, anda bukan sahaja perlu bijak dalam menguruskan masa, malah juga dalam menguruskan modal dan wang

Tips 6 : Pembantu Tetap

Outsource tidak sama dengan pembantu tetap. Outsource anda boleh lakukan untuk kerja yang sementara sahaja contohnya mengupah orang lain untuk menulis free report atau mengupah orang lain untuk design blog. Setelah kerja itu selesai, maka urusan anda dengan individu tersebut sampai di situ sahaja.

Pembantu tetap mungkin tidak selalu melakukan semua kerja anda tetapi dia akan selalu ada bilamana anda memerlukan khidmatnya. Biasanya pembantu tetap ini boleh kita ambil dari kalangan kawan-kawan rapat, keluarga dan sebagainya. Ramai IM kita yang mempunyai bisnes yang besar biasanya mencari pembantu tetap untuk tulis artikel, jawab komen dan membalas emel pelanggan. Ada waktunya owner bisnes sendiri yang buat, ada juga pembantu yang buatkan.

Maka dengan adanya individu yang mahir dalam bisnes online yang turut membantu anda, maka banyak masa anda boleh di jimatkan.

Penutup

Sebagai pengajaran melalui artikel ini, satu perkara yang perlu kita faham , tidak semua perkara perlu kita lakukan sendiri. Mencari ilmu dan cara yang betul juga mampu menjimatkan masa kita. Saya berharap input yang di kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat anda.

Credit: Facebook


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork