AD (728x60)

Friday, May 15, 2015

Cawangan HQS di Taman College Height

Share & Comment
Bismillahirrahmannirrahim,

Terasa lama sangat dah menyepi dari menulis dan update perkembangan HanaQueen Station. Banyak urusan perniagaan yang perlu diselesaikan secepatnya sampai tiada masa nak mengadap laptop. FB page, Instagram, Blog semuanya terabai. Alhamdulillah, segalanya dah selesai sekarang. Fokus kembali penuh untuk bidang marketing bagi HanaQueen Station.

Sedikit perkongsian dan perkembangan HanaQueen Station yang saya ingin kongsikan di sini sekarang. Atas beberapa masalah yang tak dapat di elakkan, cawangan di Taman Kayu Manis terpaksa di tutup dan bakal berpindah ke cawangan baru. Insya-Allah, sekiranya tiada aral cawangan yang baru akan dibuka selepas Hari Raya nanti. Lokasi baru sedang di usahakan sekarang dan segala perkembangan mengenai cawangan baru akan di update kemudian.

        Pindah kedai bukanlah satu kegagalan, malah ianya salah satu cabaran yang besar dalam dunia perniagaan yang kita harus bersedia untuk menghadapinya. Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan berani membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, kerugian, tiada idea untuk mengembangkan perniagaan menghalang anda dan membuatkan anda berputus asa. Kita harus fikirkan cara kreatif untuk meneruskan perniagaan dan kekal bertahan.

Bakal merindui cawangan di Taman Kayu Manis ini. 

        
       Buat masa sekarang, hanya cawangan di Taman College Height, Seremban yang sedang beroperasi sepenuhnya. Kiosk ini akan di buka pada jam 10 pagi, tutup pada jam 10 malam dan akan beroperasi pada setiap hari. 

     Bagi mereka yang ingin berkunjung ke sini, landmark kiosk ini adalah berdekatan dengan Kolej Tafe, Family Store Sikamat, Pasaraya Elit dan juga Balai Polis Sikamat. Kiosk kedua ini terletak bersebelahan dengan cyber cafe dan juga kedai gunting rambut (Dominic Barber). Selain itu, cawangan ini juga berkongsi kedai dengan Kedai RM2, jadi anda boleh gunakan landmark KEDAI RM2 untuk datang ke sini.

Alamat cawangan di Taman College Height adalah: 


No 11, Jalan College Height 1, 
Taman College Height, 
70400 Seremban, 
Negeri Sembilan

Cawangan terbaru di Taman College Height

     
      Selain mengekalkan keistimewaan HanaQueen Station iaitu 4 Pakej Combo dengan penjimatan sebanyak RM1 di setiap pebelian, terdapat juga beberapa menu tambahan di cawangan baru di Taman College Height ini. Antaranya adalah menu HanaQueen Fried Chicken yang terdiri daripada Popcorn Chicken, Ayam Gunting, Chicken Satay dan juga Hotdog Jumbo Cheese. 

         Selain itu di kiosk ini juga, ada terdapat beberapa menu istimewa seperti Aiskrim Roti, Aiskrim Malaysia, keropok-keropok, kacang dan pelbagai jenis minuman yang tidak terdapat di kiosk sebelum ini. Insya-Allah, dalam masa terdekat, di kiosk ini juga akan memasarkan beberapa product homemade bumiputera seperti roti, pizza dan juga kerepek.


Menu di Taman College Height, Seremban
          HanaQueen Station juga masih mengekalkan harga yang sama seperti sebelum ini tanpa mengenakan sebarang charge GST kepada pelanggan walaupun hampir kesemua barangan dari pihak supplier ada mengenakan charge GST. Tiada sebarang kenaikkan harga walaupun GST telah dilaksanakan pada bulan April lalu. 

        Promosi kumpul 10 chop, PERCUMA 1 Ice Blended Large juga masih berjalan lagi. Promosi ini adalah tanda pihak HanaQueen Station amat menghargai kesetiaan pelanggan yang sering berkunjung ke kiosk ini dan promosi tetap akan diteruskan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada HanaQueen Station. 


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork