AD (728x60)

Wednesday, December 3, 2014

Berniaga atau bekerja?

Share & Comment

Saya baru berusia 24 tahun, namun usia yang muda, bukanlah penghalang untuk kita menceburi bidang perniagaan. Saya sendiri bermula melibatkan diri dalam bidang perniagaan seawal waktu di sekolah lagi. Lebih-lebih lagi apabila abang-abang saya adalah seorang businessman sejak mereka tamatkan pengajian di universiti lagi. Melihat kesungguhan dan kejayaan mereka menyebabkan saya berminat dalam perniagaan sejak waktu bersekolah lagi.
Bachelor of Physiotherapy (Hons), itulah bidang yang saya belajar selama 4 tahun yang lalu. Sepatutnya sekarang saya berada di hospital dan sedang merawat pesakit-pesakit yang memerlukan terapi. Namun, saya telah memilih untuk menceburi bidang di luar kepakaran saya iatu perniagaan dalam bidang Food & Beverages. Maka, terciptalah HanaQueen Station pada 15/09/2014.
Setelah menamatkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam beberapa bulan yang lepas, saya telah mencuba menghadiri pelbagai temuduga di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan juga  Melaka. Ternyata, mencari pekerjaan berkaitan dengan bidang yang kita belajar adalah lebih susah dari menjawab soalan final exam di sekolah mahupun di universiti.


Berpuluh-puluh resume telah dihantar melalui email, apply secara online, walk-in interview, open interview dan pelbagai lagi permohonan pekerjaan telah dihantar. Saya juga telah cuba mencebur diri dalam pekerjaan yang di luar bidang saya iaitu di bahagian sales and marketing, di bahagian management di pasar raya dan pelbagai lagi. Bukan setakat itu sahaja, saya juga hampir tertipu dengan scam company yang menjanjikan jawatan pengurus di sebuah cawangan baru syarikat tersebut.
Putus asa dalam bidang sendiri? Tidak sama sekali. Physiotherapy adalah bidang yang amat saya cintai. Membantu mereka yang memerlukan untuk kembali pulih dan meneruskan kehidupan adalah semangat saya untuk kekal bertahan sewaktu belajar.  Saya hanya mencuba untuk mencari rezeki yang halal tanpa perlu memilih apa jua jenis pekerjaan. Mungkin, rezeki saya Allah telah tentukan untuk berniaga berbanding dengan kerja makan gaji. Mungkin, Allah bagi saya peluang untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dari mencari pekerjaan.
Dunia kini bukan lagi seperti dunia dahulu. Dengan gejolak ekonomi yang tidak stabil, kos sara hidup yang semakin meningkat, kerja makan gaji bukan lagi menjadi pilihan utama untuk menjana pendapatan. Para graduan juga terpaksa bersaing dengan ribuan graduan yang lain untuk memiliki jawatan yang berkaitan dengan bidang masing-masing, terutamanya jika mereka mempunyai pengalaman, grade atau kelayakan yang lebih tinggi berbanding dengan diri kita sendiri.
Bukan mudah untuk bergelar seorang usahawan sekiranya anda tidak ingin bermula dari bawah. Tidak ada usahawan yang bermula tanpa sebarang kegagalan, tanpa menempuh sebarang rintangan dan kerugian. Tidak ada usahawan juga yang terus bergelar jutawan tanpa menempuh kesusahan dahulu. Re-check niat anda sebelum menceburi dalam bidang perniagaan dahulu. Sekiranya anda bukanlah seorang yang berani mengambil risiko dan cepat berputus asa, maka perniagaan bukanlah bidang anda.


HanaQueen Station tidak tercipta dengan mudah. Banyak yang saya terpaksa tempuh sebelum dan juga selepas pembukaan HanaQueen Station. Namun, sokongan dari keluarga dan juga sahabat membuatkan saya terus kuat untuk mempertahankan HanaQueen Station. Insya-Allah, bermula secara kecil-kecilan dan berkembang sedikit demi sedikit.
Mohon doakan saya! Terima kasih.


Tags: ,

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork