AD (728x60)

Sunday, December 29, 2013

Stress final exam?

Share & Comment


Siapa yang tak stress masa study week? Masa final exam? Kalau ada, korang memang hebat, student cemerlang, terbilang dan gemilang! Apa tips? Mohon kongsi sikitt!

Come on, stress masa final exam adalah BIASAApa yang LUAR BIASA adalah tak stress sampai tak study untuk final exam. Melainkan korang ni dah REDHA dan TAWAKAL lah kan.  

Tapi kena ingat, konsep REDHA dan TAWAKAL itu HANYA boleh dipakai setelah BERUSAHA! Jadi, mohon berdiri depan cermin, cer tanya diri sendiri, "Dah cukup berusaha ke aku untuk tawakal pada Allah?"

Minggu exam adalah bersamaan dengan minggu stress, minggu takde semangat, minggu emotional, minggu takde mood dan minggu paling malas!

Kalau dulu-dulu, masa zaman sekolah dulu, zaman pramatang dulu, minggu ni lah selalu kita nak harap perhatian lebih dari orang lain. Terutamanya dari orang yang kita sayang. Nak manja dengan mak dan family terlebih-lebih. Sampai tahap hantar makanan depan mata,  kononnya, nak study sampai tak sempat makan. Padahal berangan lebih, main kuat, tido tak beringat. Tak boleh family marah-marah kita time ni, nanti sentap, merajuk, emosi sampai tak boleh study.

Masa ni jugak, kita mengharap kata-kata semangat dari bf/gf/bff/gff/abang angkat/kakak angkat/adik angkat dan segala bagai tu lah. Kalau takde, mulalah down. Mula lah sedih, kecewa, tak nak tengok buku, sanggup fail, supaya diorang tau kita tak dapat study sebab diorang, fail sebab diorang! Biar diorang rasa bersalah! Alahai, kanak-kanak sangat pemikiran tu dik oii!

Sebab apa? Sebab yang fail tu bukan diorang, tapi kita! Result kita yang teruk, bukan diorang! Hidup kita yang malap, bukan diorang! Cuba cerita, part mana yang positive bila mengharap semangat dari orang lain?

Nak ke tak nak, kita kena tenang-tenang saja study. Kena sedar diri, hanya DIRI SENDIRI yang mampu kuatkan semangat diri sendiri. Sebab hanya diri kita yang akan berdepan dengan segala macam ujian dalam dunia ni. Akhir kehidupan nanti, kita keseorangan jugak jawab segala persoalan dan hukuman. Jadi, kenapa bergantung harap pada orang lain?

Macam-macam ragam boleh tengok bila memasing dah dekat final. Ana lebih pilih untuk bersendirian. Duduk bilik sorang-sorang. Study sorang-sorang. Sebab Ana tau, Ana jenis yang susah fokus, dan cepat emosi time-time camni. So, being alone is better because nothing can bring you peace but yourself. :)



Just stay cool and do the best for your final exam. Remember, it will all be worth it in the end. Don't ever give up. 

Bittaufiq wannajah fil imtihan. Sama-sama perbaiki niat, study kerana Allah, bukan kerana exam. Moga dipermudahkan segalanya nanti,

Usaha. Doa. Tawakal.



Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork