AD (728x60)

Thursday, September 19, 2013

Kematian itu tidak mengenal usia

Share & Comment






“Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya” 
Surah Ali-Imran [3]: 185)

Kematian, ajal adalah rahsia Allah, yang telah ditetapkan oleh-Nya sejak sebelum kita lahir lagi. Bila, bagaimana, dimana, semuanya kita takkan tahu. Mati itu PASTI, kerana hidup ini hanya satu PERSINGGAHAN. Walaupun dunia semakin canggih dengan pelbagai teknologi, macam dalam cerita ELYSIUM, siap ada alat yang mampu menyembuhkan apa-apa pun penyakit dan membuat manusia kekal muda, tetap tiada satu manusia pun di dunia ELYSIUM itu yang mampu untuk lari dari KEMATIAN. Apatah lagi kita di dunia realiti ini.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.
(Surah Yunus, ayat : 49)

“Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan”.
(Surah Yunus, ayat : 56)

Umur yang muda tidak akan menjamin ajal takkan menjemput. Itu adalah hakikatnya. Itu adalah fakta. Dan itulah kenyataannya. Ramai orang sedar tentang hakikat ini, tapi ramai yang tak menyangka akan meninggal di usia yang masih muda. Walaupun kita sedar yang ajal boleh datang bila-bila masa sahaja, tapi kita tetap juga rasa yang kita hanya akan meninggal apabila dah tua nanti.

“Alaaa, aku muda lagi kot. Nanti dah tua, aku taubat lah. Belum puas enjoy lagi niii!”

“Belum sampai seru lagi nak berubahlah, lagi pun aku muda lagi. Tunggulah, aku dah kahwin nanti ke baru pakai tudung.”

“Hidup masa muda ni lah kena enjoy, nanti dah tua tak dapat dah semua niii!”

Itulah dialog yang selalu kita dengar, dan tanpa kita sedar, dialog itu pernah juga kita ucapkan, ‘nantilah’, ‘muda lagi lah’, tunggu dah tua lah’. Padahal kita sedar yang ajal boleh datang walaupun kita masih kanak-kanak lagi. Sempat ke nak kahwin? Sempat ke nak rasa zaman tua? Sempat ke berubah sebelum mati? Sempat ke nak ke tikar sejadah dan bertaubat sebelum mati?



Walau sejahat mana pun seseorang itu sekarang, pasti dia tetap berharap di akhir hidupnya nanti, dia pergi dengan keadaan yang baik. Dia tetap berharap yang dia akan sempat mengucap sebelum meninggal walaupun dia tak jaga dan cukup solat masa itu. Sesiapa pun pasti ingin pengakhiran hidup yang baik.

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."(Surah al-Anbiyaa': ayat 35)

"Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."
(Surah al-Mulk: ayat 2)

Semua orang inginkan husnul khatimah iaitu akhir hayat yang baik dan tiada manusia yang inginkan suul khatimah iaitu akhir hayat yang buruk. Keadaan yang kita alami ketika meninggal dunia itulah yang dapat menggambarkan apa yang kita bakal hadapi selepas kematian kita. Bahagia atau akan mengalami keburukan? 





Setiap nafas yang kita sedut, setiap kali kaki kita bergerak melangkah, setiap hari yang berlalu mendekatkan kita pada kematian. Kita yakin bahawa kita boleh mati bila-bila masa sahaja, tapi adakah amalan kita menunjukkan kita bersedia? Kenapa kita selalu fikir bahawa kita punya masa yang panjang dan terus menerus tenggelam dalam keseronokkan duniawi? Walhal setiap perkara yang kita buat adalah petanda bahawa masa itu sedang berlalu dan kita sedang mendekat dengan apa yang dinamakan KEMATIAN.

Berdoalah, pohonlah dari setulus-tulus hati pada Allah agar kita dapat pengakhiran hidup yang baik. Berdoalah agar kita terhindar dari azab kubur. Berdoalah agar kita mampu mengucap sebelum melelapkan mata selama-lamanya. Berdoalah agar kita mampu meninggalkan dunia dengan menjadi umat Islam yang baik. Teruskan berdoa, kerana itu adalah senjata kita.

Tulisan ini lebih ditujukan kepada diri Ana sendiri, setiap hari kita dengar ada sahaja kematian yang berlaku di sekeliling kita, pernah ke kita terfikir bagaimana pengakhiran hidup kita nanti? Tanah Kubur adalah cerita yang terbaik untuk mengingatkan kita dengan kematian. Moga kita semua dijauhi dari suul khatimah. Amin.

Al-Fatihah kepada semua umat Islam yang telah pergi meninggalkan dunia.


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

1 comments:

  1. Pretty! This has been an extremely wonderful article. Many
    thanks for supplying these details.

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork