AD (728x60)

Sunday, November 18, 2012

Sejauh mana kita prihatin tentang GAZA ?

Share & Comment



Isu yang tengah hangat di timeline FB mahupun Twitter, adalah PrayForGaza. Alhamdulillah. Ramai yang bangkit menyuarakan pendapat masing-masing. Mengutuk tindakan kejam pihak Israel, membedil tanpa belas kasihan. Mulalah kempen memboikot barangan Israel terutamanya MekDi. Gambar-gambar kekejaman pihak Israel, kanak-kanak yang tak bersalah mati kena bom, cedera parah, terpampang di media-media massa, di laman FB, di timeline Twitter.

Kisah Palestin bukan baru bermula dua-tiga hari yang lepas, malah sejak beribu-ribu tahun yang dahulu. Tapi, ada juga yang sekadar bersuara, pada hakikatnya, mereka tidak tahu apa sebenar yang terjadi. Apa yang mereka tahu, Israel dan Palestin berperang sejak dulu-dulu lagi. Israel adalah pihak yahudi dan Palestin adalah pihak Islam. Jadi, sebagai orang Islam, kena sokong Palestin. Berdoa dan derma kepada Palestin. Ok,fullstop. Sampai situ saja apa yang mereka tahu dan mampu mereka buat. Selebihnya, hanya mampu bersimpati dan terus mengutuk kekajaman Israel. Sebab itu ada yang sekejap boikot, lepas tu hilang boikot. Kerana apa? Mereka tak tahu keseluruhan kisah yang terjadi. Jadi, simpati mereka hanya ada bila isu ini diperbesarkan. Macam sekarang, segalanya baru hangat diperkatakan, barulah nak boikot betul-betul walhal rakyat Gaza telah lama menderita.

Ana bercakap macam neh sebab Ana adalah salah seorang dari mereka satu ketika dulu. Ya, Ana hanya mengetahui sekadar 5%-10% kisah sebenar.  Ana sekadar mengetahui perkara-perkara yang basic sahaja. Ana bukanlah seorang yang yang baik, tetapi sedang berusaha hari demi hari untuk menjadi baik. Dulu, Ana tak pernah nak mengambil tahu sejarah Palestin. Hanya mendengar dan membaca apa yang dah diupdate di MukaBuku. Bila ada gambar-gambar mangsa kekejaman Israel, akan discrollllll lelaju, tanpa sedetik pun nak berhenti dan baca apa yg sedang terjadi. Sebab Ana sangat takut untuk melihat penderitaan yang mereka lalui. FOBIA melihat kanak-kanak hangus dibom, kepala berdarah-darah. Jadi, pengetahuan Ana tentang kisah Palestin makin cetek.

Bila isu ini hangat diperkatakan sekarang, Ana kembali mencari sumber-sumber tentang kisah Palestin. Dari A-Z. Manusia itu boleh berubah. Dari tak tahu, kita boleh jadi ambil tahu. Dari tak sedar, kita dah sedar. Jangan dijadikan isu:

‘Alahh, orang dah lama tahu. Kau baru nak tahu. Orang dah lama kecoh, kau baru sibuk nak kesian-kesian. Orang dah lama boikot, kau baru terhengeh-hengeh nak boikot’

Manusia yang jahil hari ini, tak semestinya mereka akan jahil selama-lamanya. Mereka yang soleh dan solehah hari ini, tak semestinya keimanan mereka akan kekal kukuh selama-lamanya. Kerana hati kita Allah yang pegang. Jangan pernah riak dengan apa yang kita ada. Segalanya boleh ditarik kembali oleh Allah. Sebab itu iman itu sifatnya ada turun dan ada naik.



                Ok. Back to Israel + Palestin. Ana tak nak cerita kisahnya dari awal sampai habis. Kisahnya terlalu panjang dan rumit untuk diperkatakan dalam 1 post sahaja. Apa yang Ana nak cakap,ambil tahulah tentang saudara kita disana. Ambil tahu lah segala kisah penderitaan mereka. Tak apa kalau baru nak ambil tahu, dari tak ambil tahu langsung. Ana pun baru nak ambil tahu, jadi, tak ada apa yang nak dimalukan.

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara…”
 (Surah al-Hujurat : 10)

Mereka disana adalah saudara kita. Saudara itu adalah perkataan yang menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan kita. Sampaikah hati kita membiarkan mereka disana terkapai-kapai tanpa bantuan? Bayangkan yang ada kat sana Atok, Nenek, PakLong, MakLong, PakNgah, MakNgah kita. Sanggup kita duduk senang lenang disini, membutakan mata dan hati kita atas penderitaan mereka? Tak susah pun nak ambil tahu, tak perlu pergi library, cari buku tebal-tebal dan baca. Segalanya di hujung jari. Itu gunanya teknologi zaman kini.

“Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama selalunya nampak remeh tapi besar kesannya.”

                Bukanlah nak suruh angkat senapang, pergi berperang dekat sana. Kita tak ada ilmu pertahanan macam tu. Sekurang-kurangnya, salurkan sumbangan dan bantuan yang kita mampu. Ada banyak alternative yang boleh kita guna untuk membantu saudara kita.  Derma adalah salah satunya. Boleh cari sendiri, banyak agensi yang salurkan bantuan ke sana. Paling simple sekali, untuk yang masih belajar macam Ana, boleh menyalurkan sumbangan melalui AMAN PALESTIN. Menderma melalui SMS sahaja. Taip contohnya, PALESTIN < jarak> 10 (nilai: RM10/5/3/1) hantar ke 39111. Boleh check laman web itu sendiri kalau nak kan kepastian. Dari share kredit dekat boyfriend, girlfriend, ada baiknya menderma untuk saudara kat sana. Biar jumlahnya kecil sekalipun, janji hati ikhlas dari tak menderma. Boleh jadikan amalan, setiap kali topup, derma dulu kat saudara kita kat sana. Kan?

Boikot selagi yang terdaya. Itu juga usaha. Walau kecil, sekurang-kurangnya kita usaha. Istiqamahlah dalam memboikot.
"Tak mati pun kalau McD, Starbucks, Loreal, Nestle tak ada. Masih terlampau banyak alternatif yang wujud dalam dunia. Tepuk dada, tanya iman."-AsyrafZabani

                Sekecil-kecil bantuan yang kita ada adalah DOA. Jangan perkecilkan kehebatan doa, kerana telah terbukti doa adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Setiap kali lepas solat, doa untuk kemenangan umat Islam, kekuatan mereka dalam berhadapan dengan Palestin. Highlight disini, lepas solat. Kalau tak solat, kalau hubungan kita dengan Allah pun kita tak jaga, macam mana doa nak makbul? Kukuhkan Islam dalam diri kita dulu, baru kita dapat membantu umat Islam yang lain. Letak Allah dalam hati kita, baru kita dapat kuat seperti rakyat Gaza di sana. Ada Allah di setiap hati mereka. Itulah sumber kekuatan mereka. Jika Allah ada dalam hati kita, kita juga akan kuat hadapi ujian kehidupan. Sungguh, semangat juang saudara di Gaza, banyak memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam di dunia.



                Sebagai penutup (baru perasan post kali neh panjang sangat, hee), Ana sertakan sekali karya classmate Ana. Banyak cara yang boleh digunakan untuk sampaikan mesej dan kesedaran kepada rakyat. Bukan penulisan semata-mata.  Lagu ini banyak mesej yang nak disampaikan. Adakah kau tahu apa yang sedang terjadi di Gaza? Adakah kau tahu penderitaan mereka disana? Adakah kau tahu kenapa Israel dan Palestin berperang tak sudah-sudah? Lu pikirlah sendiri.  :D 




Boleh layan lagu-lagu yang lain di SIRSAFF. Dia seorang yang berbakat. :)


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork