AD (728x60)

Wednesday, December 21, 2011

Persedian bagi yang ingin masuk universiti.

Share & Comment
Assalammualaikum,

3 sem hidup dalam dunia universiti, memang banyak mengajar erti persahabatan dan kehidupan. Masa zaman sekolah dulu, masih lagi kebudak-budakan, masih lagi duduk dalam 1 negeri yang sama, jadi pengalaman yang ditimba tak banyak. Tapi bila masuk matrikulasi, semakin banyak yang dapat dipelajari memandangkan merantau dari Seremban ke Melaka dengan melihat dan hidup di tempat orang (walaupun tak jauh mana, tetap merantau kan..hee.. ). Jauh perjalanan, luas pemandangan. Yer, itu perkataan yang paling tepat. Semakin jauh kita pergi merantau, semakin banyak yang dapat kita pelajari. Dapat pelajari budaya tempat baru dan dapat juga pelajari sikap manusia dengan melihat pelbagai ragam yang ada.

Masa duduk di matrikulasi, awal-awal dah setting dalam otak, bila banyak ujian datang menduga diri..hati berbisik demi untuk kuatkan diri..


“Sabarlah Farhana..
hidup kita memang untuk diuji.
Nanti dekat U lagi banyak ujian dan dugaan.
Masalah ini kecik jer.”


Bila dah masuk universiti, saat macam-macam dugaan yang sangat menguji tahap kesabaran, yang sangat menguji tahap keimanan juga..hati berkata..


“Sabarlah Farhana, makin lama kita hidup,
makin banyak lah dugaan yang bakal kita hadapi.
Nanti dah kerja, lagi stress, lagi tertekan.
Anggaplah semua ini persediaan mental untuk masa akan datang.


*Agak-agak lah kan, bila stress waktu kerja nanti,
nak sejukkan hati dengan ayat apa pulak yer? =_=’

Sebenarnya, setiap perkara yang kita alami, pasti punya hikmah yang tersirat. Ramai yang tahu hakikat kebenaran ayat itu. Selalunya, hikmah itu kita takkan nampak pabila kita sedang menghadapi kesukaran itu. Hanya bila kita telah berjaya lalui setiap ujian yang diberi, kita akan sedar akan hikmah yang tersirat itu.  Setiap dugaan yang kita terima, setiap air mata yang menitis kerana tertekan, setiap keluhan kerana lemah semangat, setiap detik kita bersabar tatkala menghadapi kesukaran, semua itulah yang akan menguatkan jiwa, mental dan rohani kita untuk kita meneruskan perjalanan di dunia ini. Itu lah yang Ana tanam dalam diri untuk menguatkan hati kecil ini.

Bagi adik-adik yang sedang berjuang untuk jejakkan kaki ke universiti, ada beberapa pesanan untuk kalian. *Baru sem 3, dah nak nasihatkan orang? Bajetnyerrrr!* ß Bagi yang ada terdetik macam ini dalam hati kalian, ingatlah berkongsi ilmu itu tak salah kan? Walaupun belum punya kepakaran dan kemahiran, tak salah untuk kita berkongsi pengalaman.


1.      Hidup di universiti sangat-sangat jauh berbeza dengan dekat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM, Matrikulasi, Politeknik, Kolej dan yang sama waktu dengannya. Persediaan mental sangat penting, kerana tersangatlah jarang adik-adik semua akan dapat U yang sejengkal jaraknya dengan rumah kalian. Bersedialah untuk hidup berdikari. Bersedialah untuk melakukan segalanya sendirian. Tiada lagi ibu bapa yang akan memantau kalian. Tiada lagi yang akan tolong basuh baju, tolong masakkan makanan dan sebagainya. *ramai yang tahu hakikat perkara ini, dan ingat diorang dah bersedia untuk berdikari. Tapi bila dibiarkan berseorangan baru sedar yang masih kurang persediaan untuk hidup berdikari. (like me zaman dolu-dolu. Hehe!)*

2.      Kuatkan iman. Kuatkan pegangan. Kuatkan pendirian diri. Ingat matlamat kalian menjejakkan kaki di U. Jangan mudah terpengaruh dengan suasana hidup lebih-lebih lagi yang berunsur negative. Al-maklumlah, hidup tanpa pengawasan ibu-bapa, ramai yang fikir inilah tiket kebebasan yang dinanti-nantikan. Hakikatnya, ramai student bila masuk U mengalami culture shock! Pastikan rakan-rakan yang dipililh adalah tepat, yang dapat membawa kejayaan untuk menggengam segulung ijazah/diploma. Bukan rakan-rakan yang mengajar erti keseronokkan duniawi dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. *ini adalah 1st nasihat yang Ana dapat sebelum daftar masuk U*

3.      Perkara yang patut kalian tahu, kerja rumah adalah konsep yang diguna pakai di sekolah dan kebanyakkannya dilakukan secara individu/bersendirian. Di U, namanya adalah assignment. Jarang sekali assignment diberi secara individu. Kebanyakkannya mesti secara pair/berdua, atau dalam group iaitu 3 orang dan ke atas. Kalau dekat sekolah, kita tak buat homework, kita jer yang akan kena marah/denda dengan cikgu. Tapi, dekat U, kalau kalian tak buat assignment yang diberi tepat pada masanya, akan menyusahkan ahli kumpulan yang lain, akan bagi kesan yang besar pada markah kalian. Jadi, please! Bagi kerjasama yang sepenuhnya bila buat assignment. Be professional! Jangan terlalu pentingkan diri, buat kerja sambil lewa, buat kerja last minit dan akhirnya menyusahkan ahli kumpulan yang lain. Tolong tanam benda ni dalam mind kalian sebelum masuk U lagi. Do respect people. *ini lebih kepada luahan hati, bila asyik stress sebab ada individu yang tak cooperate bila buat assignment! Korang nanti jangan macam ni tau!*

Ok, don't do this! you should cooperate in teamwork, not cheating! >_<


Ok, cukup lah 3 jer tips dulu. Kalau bagi lebih-lebih, panjang berjela lak post ni nanti. As conclusion, success depends upon previous preparation, and without preparation there is sure to be failure. Peace! >_<


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

1 comments:

  1. cabaran belajar di U mmg hebat. Kita kena cari kawan yg boleh bantu kita utk capai kejayaan. Bersyukur saya mempunyai kawan yang baik-baik. Maksudnya time belajar adalah belajar.time seronok ,enjoy la puas-puas.

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork